Sabtu, 25 November 2017, 6 RabiulAwal 1439H, 6:59:55 PM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 

Keanggotaan di KBI

Skim pembiayaan mengikut prinsip dan kaedah syariah. Setiap anggota yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan layak memohon skim pembiayaan berikut: Al-Qardhul Hassan, Peribadi (Bai al-Inah), IPT, Kenderaan, Tanah, ubahsuai rumah dan pembelian atau pembinaan rumah. Tabung Kebajikan berdasarkan konsep khairat kematian; anggota akan memperoleh sumbangan bagi kes kematian, kemalangan, perubatan dan musibah am mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh KBI. Melalui Tabung Kebajikan juga KBI menawarkan sumbangan Insentif Anak Cemerlang bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Kursus dan latihan Anggota juga ditawarkan mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatkan kefahaman koperasi; selain kursus meningkatkan kemahiran seperti perakaunan, komputer, pengurusan dan lain-lain. Semua kursus dan latihan adalah anjuran Maktab Kerjasama Malaysia dan ANGKASA. Menikmati peluang perniagaan anak syarikat dan subsidiari melalui bidang perniagaan seperti pelaburan dan hartanah, anggota berpeluang ditawarkan pembelian unit-unit rumah dan bangunan atau menyertai skim pelaburan melalui anak syarikat dan subsidiari. Tabungan sambil memperoleh pulangan KBI mendidik anggota menabung melalui caruman saham dan simpanan, dengan kelebihan anggota boleh memperoleh pulangan (berdasarkan prestasi tahunan KBI dan anak syarikat) dengan pembayaran dividen, saham bonus atau bonus simpanan. Bersama memperkasa ekonomi ummah Cita-cita dan komitmen KBI untuk 'memperkasa ekonomi ummah' seharusnya disambut dengan penyertaan aktif anggota melalui caruman baik dalam bentuk saham, simpanan mahupun Tabung Kebajikan. Wang yang terkumpul tentunya dibelanjakan untuk manfaat anggota, ummah dan perjuangan menegakkan kekuatan ekonomi umat Islam.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan kamu satu jual-beli yang akan menyelamatkan kamu dari penyeksaan yang perit? Berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya, dan kamu berjuang dijalan Allah dengan harta kamu dan diri kamu. Sesungguhnya itulah yang baik untuk kamu sekiranya kamu benar-benar tahu!" ( as-saff:10-13 )


Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2017, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.