Sabtu, 25 November 2017, 6 RabiulAwal 1439H, 7:03:13 PM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 

Proses Islamisasi Koperasi

    Koperasi atau "Co-operative" adalah terjemahan langsung dari "Co-operation" yang berasal dari perkataan latin "Co-operati". Ia terdiri dari dua suku kata iaitu "Co" bermakna "bersama" dan "Operati" beerti "bekerja" (Work atau Operate) justeru itu, koperasi disimpul sebagai organisasi yang diwujudkan atas asas bekerjasama antara anggota-angotanya bagi mencapai matlamat tertentu.

Dalam bahasa arab ia disebut Ta'wuniyyah yang bermaksud saling bantu membantu. Ia berbeza daripada syarikat korporat yang menekankan ke atas kekuatan modal (capital intensive) tanpa memerlukan penglibatan aktif anggota dalam aktiviti syarikat. Justeru itu, mungkin wujud sleeping partner yang hanya memodali syarikat tanpa aktif dalam aktiviti harian syarikat. Seterusnya diikuti dengan menguasai syarikat tersebut dalam membuat polisi dan keputusan.

Oleh kerana penglibatan semua anggota dalam koperasi menjadi tunggak penubuhan sesebuah koperasi, maka semua anggota mempunyai hak yang sama tanpa melihat berapa jumlah modal sahamnya. Tidak wujud keadaan pemegang saham terbanyak menguasai keputusan koperasi berkenaan seperti yang berlaku dalam syarikat korporat. Oleh kerana koperasi bersifat institusi ekonomi, maka amnya koperasi menguruskan soal pengeluaran, penggunaan dan pemasaran, atau simpanan dan pinjaman, dengan tujuan menolong di antara satu sama lain tanpa mencari keuntungan perseorangan.

Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2017, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.