Ahad, 16 Disember 2018, 8 RabiulAkhir 1440H, 12:21:03 PM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 

Hijayah Manusia

    Asas kepada hijayah bertitik tolak pada sesuatu yang dapat menghilangkan kesempitan, meringankan beban yang menyulitkan dan memudahkan jalan-jalan mu'amalah serta mubadalah. Islam mensyari'atkan dalam ibadah beberapa hukum rukhsoh (keringanan & kelapangan) - membolehkan berbuka puasa ramadhan siang hari bagi orang sakit atau musafir ; meringkaskan sembahyang bagi musafir ; sembahyang duduk bagi yang tidak berkeupayaan berdiri ; tayamun ; sembahyang atas kapal. Dalam mu'amalah disyari'atkan bermacam aqad (kontrak) seperti pelbagai jual beli, sewa- menyewa, syirkah, mudharabah dan beberapa hukum rukhsoh dalam aqad yang tidak tertutup untuk dikembangkan melalui qisas ; kaedah-kaedah umum dalam aqad pesanan, jual beli secara wafa', pemesanan barangan industri, perihal pertanian, pengairan dan lain-lain keperluan manusia. Islam juga mensyari'atkan talak dalam perkahwinan; menghalalkan binatang buruan, bangkai laut dan segala rezeki yang halal. Seperti juga dalam hal dharury yang membolehkan sesuatu yang telah diharamkan, hal yang sama juga berlaku dalam hal Haji. Dalam hal uqubah (pidana), Islam melaksanakan tuntutan diyat (dengan tebusan) kepada aqilah (keluarga pembunuh) bagi kes tidak sengaja dan juga hak mengampuni pelaksanaan hukum qisas terhadap pembunuh.
Firman ALLAH S.W.T (bermaksud):

"Allah tidak hendak menyulitkan kamu" (surah Al-Maidah-6)

"Dan Dia (Allah) tidak sekali-kali menjadiakan untuk kamu suatu kesempitan dalam agama"
(surah Al-Hajj-78)

"Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran"
(surah Al-Baqarah-185)

"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah." (Surah An-Nisa-28)

Sabda Nabi S.A.W (bermaksud): "Saya diutuskan dengan agama yang lurus dan ringan"

Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2018, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.