Ahad, 16 Disember 2018, 8 RabiulAkhir 1440H, 12:01:47 PM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 

PENGENALAN KONSEP KOPERASI

    Umumnya, koperasi berasal dari daftar-kata Inggeris 'co-operation' yang bermakna bekerjasama. Ia adalah satu fenomena ta'awuniah dan kerjasama tanpa mengira bangsa dan agama. Tujuan utama penubuhan koperasi adalah menjaga kepentingan anggota (iaitu pencarum) perbandingan koperasi dan syarikat dapat dilihat seperti berikut:



    Perbezaan ketara dapat dilihat dari sudut pemilikan, hak mengundi dan tujuan ditubuhkan. Setiap anggota koperasi mempunyai satu hak mengundi tanpa mengira jumlah sahamnya. Bagaimanapun, hak mengundi di dalam syarikat adalah berdasarkan jumlah pegangan saham. Tujuan ditubuhkan adalah untuk kepentingan tertentu disamping faktor keuntungan.

Dari Sudut
Koperasi
Swasta
Kerajaan
Modal
Anggota
Pemegang Saham
Awam / Pemerintah
Kawalan
Demokratik
Undi Saham
Pemerintah
Keuntungan (Dikembalikan)
Anggota
Pemegang Saham
Awam / Pemerintah


Prinsip Koperasi

Terdapat tujuh prinsip utama koperasi iaitu :
  • Keanggotaan sukarela dan terbuka.
  • Pengurusan yang demokratik (Kawalan Demokrasi oleh Anggota)
  • Pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota-anggota (Penglibatan Ekonomi oleh Anggota)
  • Pembahagian keuntungan dengan saksama (Autonomi dan Kebebasan)
  • Penggalakkan pendidikan koperasi (Pendidikan, Latihan dan Maklumat)
  • Kerjasama aktif di kalangan koperasi-koperasi berdaftar.
  • Prihatin terhadap masyarakat.



Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2018, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.