Ahad, 16 Disember 2018, 8 RabiulAkhir 1440H, 11:53:22 AM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 

Sejarah Aktiviti Kewangan Dalam Koperasi

    Sebahagian besar sumber kewangan koperasi adalah melalui caruman bulanan dan pembelian saham oleh anggotanya. Sebahagian besar koperasi meraikan keperluan asasi anggotanya dengan mewujudkan skim-skim pinjaman untuk pelbagai tujuan. Skim pinjaman wang ini mengenakan kadar faedah yang sederhana berbanding dengan kadar faedah yang dikenakan oleh intitusi kewangan seperti bank dan syarikat kewangan. Selain daripada pembayaran balik melalui skim potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), jaminan bayaran balik juga dibuat dengan mewajibkan seorang atau dua orang penjamin. Sistem kredit pinjaman ini telah berjalan sejak awal sejarah koperasi di tanahair disebabkan sejarah penubuhan koperasi adalah berasaskan pinjam-meminjam. Sistem ini, iaitu pinjaman dikenakan faedah telah juga wujud sejak zaman atau tamadun Yunani. Sistem ini dinamakan sistem riba (Riba Qardhu).

    Dalam gerakan koperasi tanahair semasa, sistem riba ini telah mula digantikan dengan sistem yang berasaskan jual beli. Sejarah koperasi berasaskan Islam di Malaysia bermula pada tahun 1983 apabila Koperasi Belia Islam Malaysia mendaftarkan Peraturan Kredit Islamnya. Sehingga akhir tahun 1993, sejumlah 32 buah koperasi telah mengamalkan kaedah muamalah Islam dalam skim-skim pembiayaanya. Kini anggota dan pimpinan koperasi telah menyedari bahawa untuk memenuhi keperluan asasi anggotanya, ada cara yang bersesuaian dengan anjuran agama dan insyAllah akan mendapat keredhaan Tuhan. Sistem jual beli ini tidak akan mengurangkan hak atau keperluan anggota koperasi dan tidak juga akan mengurangkan keuntungan koperasi kerana kalau dahulu sistem riba disalah anggap sebagai sistem jual beli tetapi kini digantikan dengan sistem jual beli yang sebenar. Berikut dibicarakan kaedah jual beli yang lazim boleh digunakan oleh koperasi.

    Lebih didorong oleh beberapa faktor lain yang sebenarnya menjadi penggerak utama kepada penubuhan koperasi itu sendiri. Faktor tersebut adalah:-

Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2018, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.