Ahad, 16 Disember 2018, 8 RabiulAkhir 1440H, 11:54:58 AM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 

Koperasi Dalam Islam

    Persoalan yang paling utama perlu diselesaikan ialah apakah prinsip dan konsep koperasi keseluruhannya bercanggah dengan Islam? Sekiranya ia bercanggah maka barulah timbul persoalan mengislamisasikan prisip dan konsep koperasi itu supaya ia serasi dengan Islam. Tidak cukup dengan prinsip dan konsep koperasi selari dengan kehendak Islam sekiranya aktiviti bercanggah dengan Islam. Jika demikian maka perlu pula mengislamisasikan aktiviti tersebut. Justeru itu, Islamisasi adalah bermaksud mengislamkan sesuatu yang belum islamik.

    Dari perspektif Islam, koperasi yang berjalan sekarang ini terangkum di dalam konsep syarikat al-Inan yang diterima pengharusannya oleh seluruh ahli perundangan Islam. Jika dilihat syarat-syarat syarikat al-Inan, seperti yang dijelaskan di bawah maka ia sama seperti syarat dalam koperasi.

  • Pertama: Modal terkumpul dari saham anggota digunakan di dalam perniagaan atau pelaburan yang dipersetujui oleh semua anggota. Anggota telah dijelaskan cara bagaimana wang modal koperasi dilaburkan. Apabila seseorang menyertainya maka beerti dia menyetujui cara-cara yang ditentukan itu.
  • Kedua: Persetujuan setiap anggota bagi pengurusan syarikat dan persetujuan mewakilkan kepada beberapa anggota syarikat tertentu bagi melaksanakan aktivitinya. Sekiranya persetujuan ini tidak diperolehi maka tidak sah mana-mana anggota di dalam syarikat mengurus harta/saham anggota lain. Di dalam koperasi, pentadbirannya dijalankan oleh jemaah Lembaga Pengarah yang dilakukan di dalam mesyuarat agung koperasi membawa erti setiap anggota telah mewakilkan haknya kepada Lembaga Pengarah yang dipilih itu untuk menguruskannya.
  • Ketiga: Pembahagian keuntungan dan tanggungan kerugian adalah berdasarkan kepada modal saham. Cara yang sama juga dipraktikkan di dalam koperasi. Hanya sedikit berbeza di dalam amalan koperasi jika dibanding dengan pembahagian keuntungan di dalam amalan koperasi jika dibanding dengan pembahagian keuntungan di dalam syarikat biasa; pertama: keuntungan hanya diberi dengan kadar tidak melebihi 10 peratus daripada keuntungan koperasi dan kedua: jika seseorang anggota menarik diri, dia hanya diberi kembali wang sahamnya dengan tambahan keuntungan sebenar bagi tahun berkenaan sahaja dan tidak diberi keuntungan dari nilai harga koperasi keseluruhannya.
Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2018, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.