Ahad, 16 Disember 2018, 8 RabiulAkhir 1440H, 12:03:10 PM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 

Lingkungan Dan Tanggungjawab Hukum

    Umumnya setiap muslim yang mukalaf tidak akan terlepas dari lingkungan hukum sama ada dalam bentuk wajib, sunat, makruh, harus dan haram. Dalam apa jua keadaan sekalipun, secara sengaja ataupun tidak, hukum-hukum ini tetap berlaku. Oleh kerana itu dalam perbicaraan mua'malat Islam, kehendak dan tanggungjawab melaksana serta mematuhinya tidak hanya terletak pada sebelah pihak sahaja tetapi ia melibatkan kedua-dua belah pihak seperti pembeli dan penjual, penghutang dan pemberi hutang, pemilik dengan penyewa dan seterusnya. Semuanya ada hak, tanggungjawab dan tuntutan yang perlu ditunaikan. Kita tidak boleh lari dari masalah memberi hutang atau berhutang, terlibat dalam transaksi jual-beli, menjadi saksi dan sebagainya. Semuanya ini menuntut pengetahuan dan kita dituntut untuk mempelajarinya.
    Sebagai contoh dalam hal menentukan keperluan yang bersifat Dharuriy, disana terdapat prinsip fiqh al-kuliyyat al-khamsiyyah yang mesti difahami. Kita wajib memelihara dan mempertahankan lima perkara ini bagi menentukan kedudukan agama pada diri, jiwa, akal, kehormatan dan harta. Dharurat yang difaham umum adalah dalam keadaan terpaksa. Melepaskan diri dari hukum yang hendaklah diasakan pada lima perkara yang disebutkan tadi. Berikut adalah huraian tersebut (berdasarkan pertikan kertas Prof. Madya Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa)

Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2018, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.