Ahad, 16 Disember 2018, 8 RabiulAkhir 1440H, 12:27:57 PM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 

Dharury Manusia

    Sesuatu yang wajib adanya bagi kepentingan hidup manusia dan kemaslahatannya. AGAMA - Kesatuan aqidah, ibadah, hukum dan undang-undang yang disyari'atkan oleh ALLAH S.W.T bagi mengatur hubungan manusia dengan tuhannya dan hubungan antara sesama manusia. Islam telah mensyariatkan kewajipan dan rukun islam sebagai sendinya ; aqidah dan pokok-pokok ibadah ; mendakwahkan ajaran islam ; disyari'atkan jihad atas orang yang merintangi jalan dahwah Islam ; dihukum orang murtad, membuat bid'ah serta larangan menghalalkan yang haram. JIWA - bagi melindungi jiwa, disyari'atkan perkahwinan bagi melanjutkan keturunan; kewajipan memperolehi sesuatu yang dapat menegakkan jiwa-makanan-utama, minuman, pakaian, tempat tinggal ; hukum qisas (hukuman setimpal), diyat (denda) dan kafarah (tebusan) terhadap orang yang menganiaya dan merosak jiwa serta kewajipan mempertahankan jiwa dari bahaya dan malapetaka. AKAL - Islam mensyari'atkan pengharaman khamar (arak) dan setiap yang memabukkan serta apa saja larangan yang diperlukan bagi mengelakkan rosak akal. KEHORMATAN (AL'Irdh) - disyari'atkan had (dera) bagi lelaki atau perempuan yang berzina dan penuduh pembuat zina. HARTA - kewajipan berusaha mencari rezeki dan membolehkan mua'amalah dan tijarah dilaksanakan. Bagi memelihara dan menjaga harta, Islam mensyari'atkan haramnya pencurian (hukuman had), penipuan, khianat dan memakan harta manusia secara batil ; haraman riba. Islam menjamin pemeliharaan kepentingan dharuriy dengan cara membolehkan makan yang diharamkan ketika terpaksa (dharurat) Firman ALLAH S.W.T (bermaksud):

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah, supaya agama itu dilaksanakan semata-mata bagi ALLAH"
(Surah Al-Anfal-39)

"Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu "
(Surah AL-Baqarah-179)

Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2018, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.