Ahad, 16 Disember 2018, 8 RabiulAkhir 1440H, 12:20:14 PM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 

SAHAM ESOS/IPO

Skim Pembiayaan Saham Secara Syariah

Sejajar dengan misi KBI, KBI akan sentiasa meneroka peluang dan produk-produk terbaru yang berteraskan syariah untuk kepentingan ummah.

Skim Pembiayaan Saham Secara Syariah merupakan produk terbaru KBI, menawarkan kemudahan pembiayaan khususnya kepada individu yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan bagi pembelian saham - saham tersenarai di bursa saham Malaysia. Tumpuan utama skim ini ialah untuk membiayai pekerja-pekerja yang bertugas di syarikat-syarikat awam tersenarai ( Public Listed Company) dan mendapat peruntukan Skim ESOS ( Employee's Share Option Scheme).

Syarat-syarat Pembiayaan

  • Beragama Islam
  • Menjadi anggota KBI dengan pendaftaran RM100.
  • Syarikat di bawah kaunter syariah.
  • Minimum pembiayaan : 1000 Unit
  • Tempoh pembiayaan  : 2 bulan dari tarikh pembayaran.
  • Margin pembiayaan   : 100%  harga ESOS atau 85% daripada harga pasaran
  • Setuju dengan caj-caj yang dikenakan :-
    • 1% Yuran Pemprosesan dan custodian daripada jumlah pembiayaan atau RM90 yang mana lebih tinggi ditanggung bersama oleh pembiaya ( KBI ) dan peserta Skim.
    • RM10 Akaun CDS

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambahkan kepada mereka daripada kurnian-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."(Surah Faathir:29-30).


Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2018, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.