Ahad, 16 Disember 2018, 8 RabiulAkhir 1440H, 12:00:03 PM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 

Pembiayaan Kenderaan

Tujuan

Pembiayaan ini bertujuan untuk membeli kenderaan baru atau terpakai yang usianya tidak melebihi seratus lapan puluh (180) bulan.

Kaedah

  1. Murabahah atau;
  2. Bai bithaman Ajil

Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

  • Maksimum jumlah pinjaman adalah RM45,000 (Ringgit Malaysia : Empat Puluh  Lima Ribu Sahaja)

 

Kelayakan

  1. Kakitangan kerajaan yang berpendapatan minimum RM 900 sebulan dan telah berkhidmat minimum satu (1) tahun
  2. Kakitangan swasta yang berpendapatan minimum RM1000 sebulan dan telah berkhidmat minimum satu (1) tahun dan disahkan jawatan.
  3. Perlu mempunyai syer minimum terkumpul untuk syarat layak hak
  4. Anggota hendaklah memiliki sekurang-kurangnya modal yuran RM 180 (RM30 x 6 bulan) dan telah mencarum Tabung Kebajikan RM30 (RM5 x 6 Bulan )
  5. Telah menjadi anggota selama enam (6) bulan
  6. Berpendapatan tetap serta berkemampuan untuk bayaran balik dengan ansuran bulanan tidak melebihi 60% atau 50% (bagi majikan yang menetapkan syaratnya) daripada pendapatan.

 Keuntungan

  • Keuntungan dikenakan adalah sebanyak 6% setahun.

 

  1. Tempoh Bayaran Balik
  2. Tidak melebihi satu ratus lapan (108) bulan untuk kereta baru atau yang berusia di bawah enam puluh (60) bulan; atau
  3. Enam puluh (60) bulan untuk kereta terpakai yang usianya melebihi enam puluh (60) bulan.

 Tuntutan Hakmilik

  1. Tuntutan hakmilik oleh KBI perlu dibuat dengan memasukkan nama KBI dalam sijil pendaftaran selama tempoh pembiayaan.
  2. Urusan pembatalan hakmilik hanya akan dibuat setelah pemohon menyelesaikan semua baki hutang.
  3. Segala kos penukaran nama, tuntutan hakmilik atau lain-lain kos berkaitan adalah ditanggung oleh pemohon.

Pembiayaan Semula

  • Bagi tujuan pembiayaan semula (re-financing) pemohon hendaklah mengemukakan penyata baki hutang di bank / institusi kredit terdahulu dan salinan sijil pendaftaran kenderaan.

 Penjamin

  1. Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA
  2. Sektor swasta / Bekerja sendiri
  3. Pemohon perlu  mengemukakan seorang (1) penjamin yang  mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan sehingga RM20,000; dan
  4. Pemohon perlu  mengemukakan seorang (2) penjamin yang  mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan  RM20,000 ke atas.

 Dokumen yang perlu disediakan

  1. Salinan kad pengenalan yang disahkan
  2. Slip gaji asal 3 bulan terakhir berserta salinan yang disahkan
  3. Sebutharga kenderaan dari penjual sah (baru)
  4. Salinan sijil pendaftaran (terpakai). (Sebelum kelulusan dan selepas kelulusan yang disahkan
  5. Sebutharga atau surat perjanjian Jual-beli (terpakai – daripada pengeluar / pemilik asal disahkan
  6. Salinan bil letrik
  7. Salinan slip gaji pasangan (pasangan yang bekerja)
  8. Salinan penyata KWSP
  9. Salinan penyata bank gaji dikreditkan
  10. Dokumen sokongan

Yuran Proses

  • Yuran  proses dikenakan sebanyak RM 100.

 

Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2018, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.