Ahad, 16 Disember 2018, 8 RabiulAkhir 1440H, 11:51:36 AM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 

Skim Pembiayaan Peribadi Khas

Tujuan

  • Pembiayaan untuk tujuan Peribadi.

Kaedah

  1. Bai Al Inah atau;
  2. Tawarruq

Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

  • Maksimum jumlah pembiayaan adalah RM150,000 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lima Puluh Ribu sahaja)

Kelayakan

  1. Umur minima 18 tahun hingga 58 tahun sahaja.
  2. Kakitangan kerajaan yang berpendapatan tetap, mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA dan disahkan jawatan. Syarikat swasta tersebut perlu menjadi panel angkasa sekurang-kurangnya setahun;
  3. Perlu mempunyai syer minimum terkumpul untuk syarat layak hak
  4. Anggota hendaklah memiliki sekurang-kurangnya modal yuran RM 180 (RM30 x 6 bulan) dan telah mencarum Tabung Kebajikan RM30 (RM5 x 6 Bulan )
  5. Telah menjadi anggota selama enam (6) bulan
  6. Berpendapatan tetap serta berkemampuan untuk bayaran balik dengan ansuran bulanan tidak melebihi 60% atau 50% (bagi majikan yang menetapkan syaratnya) daripada pendapatan.
  7. Telah berkhidmat selama satu (1) tahun.

Keuntungan

  • Keuntungan dikenakan adalah sebanyak 6% setahun.

Tempoh Bayaran Balik

  • Tidak melebihi Satu Ratus Lapan Puluh (180) bulan atau jumlah maksimum yang dipersetujui oleh institusi kewangan yang menyediakan pembiayaan.

Cagaran

Sekirannya pemohon tidak mempunyai penjamin, pemohon perlu mengemukakan cagaran asset. Pemohon perlu menandatangani surat ikatan penyerahan hakmilik sebagai cagaran atas pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan, kos guaman, duti setem dan takaful  ditanggung oleh pemohon.

Penjamin

  1. Sektor Awam :- Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai pendapatan tetap dan ada kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA.
  2. Sektor swasta :- Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai Kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan sehingga RM50,000Pemohon perlu mengemukakan dua (2) orang penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan RM50,000 ke atas.
  3. Bagi bekerja Swasta/Sendiri yang tidak mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA (Sekirannya dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan)
  4. Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan sehingga RM20,000.
  5. Pemohon perlu mengemukakan dua (2) orang penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan RM20,000 ke atas.

 Pembiayaan Semula

  1. Pembiayaan semula hanya untuk jenis rumah yang boleh dicagarkan atas namaKoperasi ini.
  2. Bagi tujuan pembiayaan semula (re-financing) pemohon hendaklah mengemukakan nilai harga semasa rumah (dibuat oleh penilai yang sah)dan penyata baki hutang di bank terdahulu.

Dokumen yang perlu disediakan

  1. Salinan kad pengenalan yang disahkan
  2. Slip gaji asal 3 bulan terakhir berserta salinan yang disahkan
  3. Segala bukti sokongan termasuk salinan geran tanah, surat perjanjian jual beli dan yang berkaitan dengannya hendaklah dikemukakan bagi tujuan pembiayaan ini. (Yang telah
  4. Geran tanah yang dikemukakan hendaklah menyatakan nama penjual.
  5. Salinan bil letrik
  6. Salinan slip gaji pasangan (pasangan yang bekerja)
  7. Salinan penyata KWSP
  8. Salinan penyata bank gaji dikreditkan

Caj yang akan ditolak dari jumlah Pembiayaan

  1. Takaful – mengikut jadual
  2. Bayaran caj proses RM100 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus)
  3. Lain-lain caj yang diputuskan oleh Lembaga / dibenarkan oleh SKM.



Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2018, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.