Rabu, 8 September 2010, 29 Ramadan 1431H, 10:37:24 PM Laman Utama   Hubungi Kami   Borang-Borang    
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  

 

 
 
 

 

SKIM KBI TAHAYYU' TAKAFUL

Tujuan mengerjakan Haji, Umrah & Ziarah

Dalam usaha menawarkan kemudahan dan memenuhi keperluan ekonomi anggota, KBI memperkenalkan satu lagi produk yang menekankan konsep 'taawuniyah' atau bantu membantu. Produk yang berbentuk tabungan dan pelaburan bagi memberi peluang kepada anggota mencarum untuk menunaikan fardhu haji, umrah dan ziarah. Skim yang direka khusus ini mempunyai keunikan yang tersendiri yang menitik beratkan prinsip taawun, keadilan, perlindungan simpanan dan keuntungan pelaburan. Melalui prinsip taawun anggota berpeluang mengerjakan fardhu haji apabila tiba giliran walaupun wang simpanan belum mencukupi. Melalui prinsip keadilan penentuan giliran mengerjakan fardhu haji akan ditentukan mengikut kaedah yang diiktiraf oleh syara'. Melalui prinsip perlindungan ke atas simpanan, simpanan akan ditakafulkan dengan Etiqa Takaful. Melalui prinsip keuntungan setiap simpanan ini akan diberi keuntungan atas mudharabah daripada simpanan di KBI dan Etiqa Takaful.

Tahayyu' berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud 'persediaan', sepertimana kita sedia maklum kesempatan dan peluang mengerjakan fardhu haji atau umrah bukan sering tiba. Faktor yang melayakkan kita menyahut panggilan Allah dan menjadi tetamu-Nya bergantung pada kemampuan berikut:

  • Kelapangan masa
  • Kemampuan dari segi kewangan
  • Kesihatan

Ini bermakna tidak semua yang sihat tubuh badan atau mempunyai kelapangan masa berkeupayaan menunaikan fardhu haji atau umrah kerana kemampuan wang turut menjadi faktor penentu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
" Dan berkunjung ke Baitullah itu merupakan kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang-orang yang berkuasa melakukan perjalanan kepada-Nya. Dan sesiapa yang ingkar maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam." (Surah Ali 'Imran; 97)

Seruan Allah dituju kepada semua individu muslim tanpa kecuali. Mengunjungi rumah Allah, menjadi tetamu-Nya dan menunaikan segala rukun haji, adalah kemuncak ibadah. Oleh kerana itu bersegera dalam hal kebaikan seumpama ini amat dianjur dan merupakan ciri seorang mukmin. Sungguhpun demikian keinginan sahaja tanpa disertakan usaha hanya akan kekal menjadi hasrat yang tidak tertunai, oleh kerana itu bersegeralah menabung dengan menyertai Skim Simpanan Tahayyu' Haji, Umrah dan Ziarah. Untuk keterangan lanjut sila hubungi pegawai kami, Sdr. Azman Mohd Salleh di talian 603-41472143

  • Terbuka kepada anggota koperasi.
Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI

|Paparan terbaik Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
© 2009 Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.