Ahad, 16 Disember 2018, 8 RabiulAkhir 1440H, 11:53:38 AM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 

Skim Pembiayaan Tanah

Tujuan

  • Pembiayaan ini bertujuan untuk membeli Tanah.

Kaedah

  1. Al-Bai Bithaman Ajil atau;
  2. Musyarakah Mutanaqisah atau;
  3. Murabahah

Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

  • Maksimum jumlah pinjaman adalah RM65,000 (Ringgit Malaysia : Enam Puluh  Lima Ribu Sahaja)

Kelayakan

  1. Kakitangan kerajaan yang berpendapatan minimum RM 900 sebulan dan telah berkhidmat minimum satu (1) tahun
  2. Kakitangan swasta yang berpendapatan minimum RM1000 sebulan dan telah berkhidmat minimum satu (1) tahun dan disahkan jawatan.
  3. Perlu mempunyai syer minimum terkumpul untuk syarat layak hak
  4. Anggota hendaklah memiliki sekurang-kurangnya modal yuran RM 180 (RM30 x 6 bulan) dan telah mencarum Tabung Kebajikan RM30 (RM5 x 6 Bulan )
  5. Telah menjadi anggota selama enam (6) bulan
  6. Berpendapatan tetap serta berkemampuan untuk bayaran balik dengan ansuran bulanan tidak melebihi 60% atau 50% (bagi majikan yang menetapkan syaratnya) daripada pendapatan.

Cagaran

  • Pemohon perlu menandatangani surat ikatan penyerahan hakmilik sebagai cagaran atas pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan, kos guaman ditanggung oleh pemohon.

Keuntungan

  • Keuntungan dikenakan adalah sebanyak 6% setahun.

Tempoh Bayaran Balik

  1. RM10,000 ke dan bawah – 120 bulan (penjamin / cagaran)
  2. RM10,001 dan ke atas – 180 bulan (penjamin / cagaran)
  • Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Penjamin

  1. Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA
  2. Sektor swasta / Bekerja sendiri
  3. Pemohon perlu  mengemukakan seorang (1) penjamin yang  mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan sehingga RM20,000; dan
  4. Pemohon perlu  mengemukakan seorang (2) penjamin yang  mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan  RM20,000 ke atas.

Dokumen yang perlu disediakan

  1. Salinan kad pengenalan yang disahkan
  2. Slip gaji asal 3 bulan terakhir berserta salinan yang disahkan
  3. Segala bukti sokongan termasuk salinan geran tanah, surat perjanjian jual beli dan yang berkaitan dengannya hendaklah dikemukakan bagi tujuan pembiayaan ini. (Yang telah disahkan)
  4. Geran tanah yang dikemukakan hendaklah menyatakan nama penjual.
  5. Salinan bil letrik
  6. Salinan slip gaji pasangan (pasangan yang bekerja)
  7. Salinan penyata KWSP
  8. Salinan penyata bank gaji dikreditkan

Yuran Proses

Yuran proses dikenakan sebanyak RM100



Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2018, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.