Ahad, 16 Disember 2018, 8 RabiulAkhir 1440H, 12:07:17 PM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 

Syarat Asas

Tertakluk kepada Undang-undang Kecil Koperasi, kelayakan menjamin adalah seperti berikut:

  • Had umur pemohon 58 tahun bagi perkiraan umur tempoh akhir bayaran balik (kecuali skim peribadi warga emas).
  • Permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan oleh koperasi.
  • Pemohon perlu berkemampuan untuk membayar balik iaitu berpendapatan tetap serta potongan gaji termasuk potongan sediada tidak melebihi 60% daripada pendapatan.
  • Mempunyai modal syer/yuran terkumpul sebanyak sepuluh (10) peratus daripada jumlah pembiayaan yang dipohon.
  • Telah menjadi anggota dan membuat minimum caruman enam (6) bulan dan mengekalkan simpanan berjumlah RM120.
  • Bagi pemohon yang mempunyai kemudahan BPA hanya disyaratkan seorang penjamin.
  • Pemohon yang tidak mempunyai kemudahan BPA disyaratkan mempunyai dua (2) orang penjamin.
Syarat Penjamin
  • Penjamin perlu mempunyai kemudahan potongan Angkasa (BPA), 3 bulan salinan slip gaji serta salinan kad pengenalan yang disahkan.
  • Gaji penjamin tidak kurang daripada RM800 serta baki bersih tidak kurang dari bayaran pembiayaan skim peminjam.
  • Had bilangan orang yang dijamin tidak lebih daripada 5 orang.
  • Had umur penjamin bergantung pada tempoh pembiayaan dan had umur maksimum adalah umur persaraan.
  • Potongan gaji tidak melebihi 60% daripada pendapatan.

Dokumen yang perlu disertakan
  • Salinan kad Pengenalan yang disahkan oleh pegawai kumpulan A.
  • Slip gaji (asal) dan salinan yang disahkan bagi 3 bulan berturut-turut terkini. Bagi mereka yang bekerja sendiri perlu mengemukakan penyata transaksi akaun bank 3 bulan terkini/salinan penyata cukai pendapatan (Borang J/EA).
  • Salinan slip gaji pasangan (jika ada).
  • Borang kelayakan potongan gaji.


Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2018, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.