Ahad, 16 Disember 2018, 8 RabiulAkhir 1440H, 11:53:00 AM Laman Utama Hubungi Kami Borang-Borang  
    Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman  

 

 
 
 

 






Tentang pasukan kami

KBI Training And Consultancy adalah penyedia latihan, kursus dan khidmat runding keusahawanan terlibat dalam aktiviti “soft-skill training”, pembangunan Insan bagi remaja, belia, golongan petugas pelbagai kategori serta kursus-kursus teknikal di berbagai peringkat.

VISI kami adalah untuk melatih generasi berilmu, beriman dan bertaqwa yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta mampu bersaing dalam membuat lonjakan saujana.

Melalui VISI dan MISI yang diungkapkan, kami komited untuk membantu menyerlahkan kehebatan diri individu dan kumpulan organisasi agar memaksimakan potensi yang dianugerahkan oleh Allah SWT melalui pendekatan latihan dan bimbingan berterusan dalam tempoh yang dipersetujui antara kami dengan pihak pelanggan. Kami berazam memenuhi piawaian yang diperakui di peringkat nasional dan antarabangsa. KBI Training And Cosultancy akan terus memberikan perkhidmatan berbagai bidang latihan sesuai dengan kepakaran kami yang bersifat kontemporari selari dengan ajaran Islam yang menekankan kepada fitrah pembangunan insan dan kecemerlangan berterusan.

Kami yakin dan menyedari setiap masalah penyelesaiannya bergantung kepada kesediaan semua pihak yang terlibat untuk sama-sama mencari jalan keluarnya. Lambat atau cepat sesuatu masalah itu bergantung sejauh mana semua pihak beriltizam ke arah jalan penyelesaian dengan memohon petunjuk dari Allah SWT, keikhlasan untuk benar-benar berubah dan serius untuk melakukan perubahan yang lebih baik dan lonjakan ke arah kecemerlangan.

Kami yakin dan percaya, Insha Allah dengan peluang latihan dan kesanggupan memperbaiki diri yang berterusan maka seseorang manusia di dalam sesebuah organisasi mampu berubah dan bergerak sebagai satu saf atau barisan yang teratur bagai sebuah bangunan yang teguh (As-Saff 61:4)

Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk memenuhi empat syarat kemenangan: pertama, melaksanakan solat (dalam pengertian mengabdi sepenuh dan setulusnya kepada Allah); kedua, menunaikan zakat (dalam pengertian melaksanakan tanggungjawab kehartaan); ketiga, menyuruh berbuat yang makruf (dalam pengertian memperjuangkan kebaikan); dan keempat, mencegah dari yang mungkar (dalam pengertian komitmen melawan segala bentuk kejahatan & penyelewengan) (Maksud Surah al-Hajj:41)

Barisan Jurulatih

Laman Utama  |  Hubungi Kami  |  Borang-Borang  |  Keanggotaan  |  Produk & Perkhidmatan  |  Organisasi  |  Profile KBI  |  Peta Laman

|Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox dalam resolusi 1024 x 768 mega piksel|
copyright © 2009-2018, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad | All rights reserved.