Dana Pelaburan Al-Husna ini berkonsepkan tabungan wang anggota yang akan diuruskan oleh KBI untuk tujuan pelaburan berisiko rendah dan dijangka memberi pulangan yang baik ke atas wang yang dilaburkan. Al-Husna dipetik daripada Al-Quran yang membawa maksud hasil yang baik, balasan yang baik, kurniaan yang baik malahan dalam surah Yunus ayat ke 18, Allah S.W.T menggunakan perkataan Al-Husna sebagai pahala yang terbaik iaitu syurga untuk dianugerahkan kepada orang-orang yang mengerjakan perbuatan baik. Nama Al-Husna dipilih sebagai menifestasi sumber rezeki baik yang dikurniakan Allah kepada kita dan kemudian dilaburkan di tempat yang baik dengan harapan akan memberi pulangan yang baik pula.
Fokus utama pelaburan dana ini ialah pelaburan ke atas skim Pembiayaan Saham Secara Syariah yang mengkhususkan pembiayaan langganan saham dibawah ESOS (Employees’ Share Option Scheme) oleh pekerja syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pelaburan di dalam skim ini dianggap berisiko rendah dan selamat kerana keupayaan dalam menjangka margin keuntungan berdasarkan harga pasaran semasa berbanding dengan harga langganan yang telah ditetapkan.
Dana ini telah diwujudkan pada Mac 2019 khusus untuk memberi pembiayaan kepada anggota petugas jemaah (Wadah-ABIM-PKPIM) serta kepada anggota yang memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Setiap pelaburanyang dibuat akan terikat dengan perjanjian perkongsian keuntungan diantara anggota KBI (pelabur) dengan KBI (pengurus dana) melalui konsep mudharabah mengikut nisbah berikut :-
Sukacita dimaklumkan Kadar Keuntungan yang diberikan kepada pelabur adalah seperti berikut:-
Pelabur layak memilih samada kadar keuntungan diterima dalam bentuk cek atau masuk semula ke pelaburan pokok.
Jumlah Pelawat : 19457
© 1977 – 2024. Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. (No. Pendaftaran:16/31.5.77)