Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan beragama Islam. Lain-lain syarat termasuk bebas daripada bankrap dan tiada sebarang sabitan kes yang masih berkuatkuasa di bawah Akta Koperasi 1993. Permohonan keanggotaan hendaklah dikemukakan beserta dengan bayaran RM85.00 yang diagihkan kepada fi masuk, modal syer dan tabung kebajikan.
CARUMAN BULANAN, MODAL SYER DAN YURAN
Jumlah caruman minimum bulanan ialah RM35.00. Setiap anggota hendaklah melanggan RM500.00 Modal Syer sebagai sumbangan minimum dan ia perlu dijelaskan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelulusan keanggotaan.
Selepas Modal Syer minimum telah mencukupi, anggota hendaklah mencarum RM30.00 (minimum) bagi Yuran Bulanan dan RM5.00 bagi Tabung Kebajikan KBI. Adalah penting seseorang anggota mencarum secara konsisten supaya segala kemudahan dan manfaat yang disediakan oleh pihak Koperasi dapat diraikan.
Caruman boleh dibuat melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) (kakitangan kerajaan & badan berkanun sahaja), Arahan Bank (standing instruction), Perbankan Internet, Wang Pos, Cek dan Arahan Majikan (atas persetujuaan majikan) serta tunai dikaunter KBI.
Anggota yang ingin mencarum dengan kaedah memasukkan ke dalam akaun KBI perlu menggunakan butiran akaun KBI seperti berikut :-
Setiap urusan transaksi yang dibuat perlu dimaklumkan kepada KBI dengan menggunakan salinan slip pembayaran samada secara pos, atau menggunakan email KBI. Semua bayaran dalam bentuk wang pos/bank draft dan cek hendaklah dibuat atas nama : KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD
LATIHAN DAN KURSUS
Anggota juga ditawarkan mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatkan kefahaman koperasi selain kursus kemahiran seperti perakaunan, komputer, pengurusan dan lain-lain.
Semua kursus dan latihan adalah anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Angkasa.
Untuk menjadi anggota koperasi mestilah:-
Kelayakan untuk menjadi anggota koperasi ialah:-
Anggota hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan mengikut aturan Undang-Undang Kecil KBI bagi membolehkan segala hak serta kemudahan yang disedikan koperasi dapat diperolehi.
Kaedah caruman boleh dibuat melalui :-
Bank urus niaga KBI
Semua caruman boleh dibuat secara berkala iaitu :-
Adalah penting seseorang anggota mencarum secara berterusan supaya segala kemudahan dan manfaat yang disediakan oleh koperasi layak diperolehi.
Semua bayaran dalam bentuk wang pos / bank draf / cek hendaklah dibuat atas nama KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD
Menurut peruntukan aturan Undang-Undang Kecil Perkara 20 dan 21 seseorang anggota akan hilang kelayakan sebagai anggota jika dalam masa menjadi anggota beliau:-
Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab-sebab di bawah ini, mengikut mana-mana yang berkenaan:-
Dimulakan pada tahun 1998 dengan tujuan menghargai anggota yang setia bersama KBI selama 20 tahun dan aktif mencarum.
Syarat Asas Kelayakan Pencalonan
Bentuk dan Nilai Anugerah
Jumlah Pelawat : 19825
© 1977 – 2024. Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. (No. Pendaftaran:16/31.5.77)