Kelayakan & Syarat

Syarat Asas

Tertakluk Kepada Undang-undang Kecil Koperasi

Tertakluk kepada Undang-undang Kecil Koperasi, kelayakan menjamin adalah seperti berikut:

  • Had umur pemohon 58 tahun bagi perkiraan umur tempoh akhir bayaran balik (kecuali skim peribadi warga emas)
  • Permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan oleh koperasi
  • Pemohon perlu berkemampuan untuk membayar balik iaitu berpendapatan tetap serta potongan gaji termasuk potongan sediada tidak melebihi 60% daripada pendapatan
  • Mempunyai modal syer/yuran terkumpul sebanyak sepuluh (10) peratus daripada jumlah pembiayaan yang dipohon
  • Telah menjadi anggota dan membuat minimum caruman enam (6) bulan dan mengekalkan simpanan berjumlah RM120
  • Bagi pemohon yang mempunyai kemudahan BPA hanya disyaratkan seorang penjamin
  • Pemohon yang tidak mempunyai kemudahan BPA disyaratkan mempunyai dua (2) orang penjamin

Syarat Penjamin

  • Penjamin perlu mempunyai kemudahan potongan Angkasa (BPA), 3 bulan salinan slip gaji serta salinan kad pengenalan yang disahkan
  • Gaji penjamin tidak kurang daripada RM800 serta baki bersih tidak kurang dari bayaran pembiayaan skim peminjam
  • Had bilangan orang yang dijamin tidak lebih daripada 5 orang
  • Had umur penjamin bergantung pada tempoh pembiayaan dan had umur maksimum adalah umur persaraan
  • Potongan gaji tidak melebihi 60% daripada pendapatan.

Dokumen Yang Perlu Disertakan

  • Salinan kad Pengenalan yang disahkan oleh pegawai kumpulan A
  • Slip gaji (asal) dan salinan yang disahkan bagi 3 bulan berturut-turut terkini. Bagi mereka yang bekerja sendiri perlu mengemukakan penyata transaksi akaun bank 3 bulan terkini/salinan penyata cukai pendapatan (Borang J/EA)
  • Salinan slip gaji pasangan (jika ada)
  • Borang kelayakan potongan gaji

Langgan Buletin

Anda telah berjaya melanggan Maaf, berlaku kesilapan, sila cuba lagi.

Sosial Media

Jumlah Pelawat : 21006
© 1977 – 2024. Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. (No. Pendaftaran:16/31.5.77)