Skim Pinjaman

Pembiayaan Peribadi

  • Pembiayaan untuk tujuan Peribadi
Kbi Image 11

Kaedah

  1. Bai Al Inah
  2. Murabahah (Jika disertakan sebut harga barangan)
  3. Tawarruq

Jumlah Pinjaman Yang Ditawarkan

  • Maksimum jumlah pinjaman adalah RM100,000 (Ringgit Malaysia : Seratus  Ribu Sahaja)

Kelayakan

  1. Kakitangan kerajaan yang berpendapatan minimum RM 900 sebulan dan telah berkhidmat minimum satu (1) tahun
  2. Kakitangan swasta yang berpendapatan minimum RM1000 sebulan dan telah berkhidmat minimum satu (1) tahun dan disahkan jawatan
  3. Perlu mempunyai syer minimum terkumpul untuk syarat layak hak
  4. Anggota hendaklah memiliki sekurang-kurangnya modal yuran RM 180 (RM30 x 6 bulan) dan telah mencarum Tabung Kebajikan RM30 (RM5 x 6 Bulan )
  5. Telah menjadi anggota selama enam (6) bulan
  6. Berpendapatan tetap serta berkemampuan untuk bayaran balik dengan ansuran bulanan tidak melebihi 60% atau 50% (bagi majikan yang menetapkan syaratnya) daripada pendapatan

Keuntungan

  • Keuntungan dikenakan adalah sebanyak 6% setahun

Tempoh Bayaran Balik

  1. RM10,000 dan ke bawah – 120 bulan
  2. RM10,000 dan ke atas – 120 bulan
  • Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan

Penjamin

  1. Sektor Awam :- Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA
  2. Sektor Swasta / Bekerja Sendiri :- Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan sehingga RM20,000; dan
  3. Pemohon perlu mengemukakan dua (2) orang penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan RM20,000 ke atas.
  4. Kakitangan Taski ABIM (Jumlah Pembiayaan maksima RM10,000)
  5. Seorang (1) dan ada kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA
  6. Mendapat sokongan dan jaminan dari majikan yang sedang berkhidmat
  7. Bersedia membuat akuan bersumpah dengan nama Allah akan menyelesaikan pembiayaan yang dibuat; dan
  8. Tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada Koperasi ini jika Koperasi ini menyenaraikan nama anggota tersebut di akhbar sekirannya tidak dapat dihubungi

Dokumen yang perlu disediakan

  1. Salinan kad pengenalan yang disahkan
  2. Tiga bulan slip gaji terkini yang telah disahkan. Bagi mereka yang bekerja sendiri perlumengemukakan penyata bank transaksi akaun bank 3 bulan terkini/salinan penyata cukai pendapatan (Borang J)
  3. Salinan slip gaji pasangan (pasangan yang bekerja)
  4. Salinan penyata KWSP
  5. Salinan penyata bank gaji dikreditkan
  6. Salinan bil letrik
  7. Dokumen sokongan

Yuran Proses

  •  Yuran proses dikenakan sebanyak RM100

Cagaran

  • Sekiranya pemohon tidak mempunyai penjamin, pemohon perlu mengemukakan cagaran asset. Pemohon perlu menandatangani surat ikatan penyerahan hakmilik sebagai cagaran atas pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan. Kos duti setem, takaful dan guaman ditanggung oleh pemohon.

Langgan Buletin

Anda telah berjaya melanggan Maaf, berlaku kesilapan, sila cuba lagi.

Sosial Media

Jumlah Pelawat : 23629
© 1977 – 2025. Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. (No. Pendaftaran:16/31.5.77)