Skim Pinjaman

Saham ESOS / IPO

  • Skim Pembiayaan Saham Secara Syariah
Kbi Image 19

Skim Pembiayaan Saham Secara Syariah

Sejajar dengan misi KBI, KBI akan sentiasa meneroka peluang dan produk-produk terbaru yang berteraskan syariah untuk kepentingan ummah.

Skim Pembiayaan Saham Secara Syariah merupakan produk terbaru KBI, menawarkan kemudahan pembiayaan khususnya kepada individu yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan bagi pembelian saham – saham tersenarai di bursa saham Malaysia. Tumpuan utama skim ini ialah untuk membiayai pekerja-pekerja yang bertugas di syarikat-syarikat awam tersenarai ( Public Listed Company) dan mendapat peruntukan Skim ESOS ( Employee’s Share Option Scheme).

Syarat-syarat Pembiayaan

  • Beragama Islam
  • Menjadi anggota KBI dengan pendaftaran RM100
  • Syarikat di bawah kaunter syariah
  • Minimum pembiayaan : 1000 Unit
  • Tempoh pembiayaan : 2 bulan dari tarikh pembayaran
  • Margin pembiayaan : 100% harga ESOS atau 85% daripada harga pasaran
  • Setuju dengan caj-caj yang dikenakan :-
  1. 1% Yuran Pemprosesan dan custodian daripada jumlah pembiayaan atau RM90 yang mana lebih tinggi ditanggung bersama oleh pembiaya ( KBI ) dan peserta Skim
  2. RM10 Akaun CDS

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambahkan kepada mereka daripada kurnian-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.

– (Surah Faathir:29-30)

Langgan Buletin

Anda telah berjaya melanggan Maaf, berlaku kesilapan, sila cuba lagi.

Sosial Media

Jumlah Pelawat : 19461
© 1977 – 2024. Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. (No. Pendaftaran:16/31.5.77)