Skim Tahayyu'

Skim KBI Tahayyu' Takaful

Tujuan mengerjakan Haji, Umrah & Ziarah

Kbi Image 30

Dalam usaha menawarkan kemudahan dan memenuhi keperluan ekonomi anggota, KBI memperkenalkan satu lagi produk yang menekankan konsep ‘taawuniyah’ atau bantu membantu. Produk yang berbentuk tabungan dan pelaburan bagi memberi peluang kepada anggota mencarum untuk menunaikan fardhu haji, umrah dan ziarah. Skim yang direka khusus ini mempunyai keunikan yang tersendiri yang menitik beratkan prinsip taawun, keadilan, perlindungan simpanan dan keuntungan pelaburan. Melalui prinsip taawun anggota berpeluang mengerjakan fardhu haji apabila tiba giliran walaupun wang simpanan belum mencukupi. Melalui prinsip keadilan penentuan giliran mengerjakan fardhu haji akan ditentukan mengikut kaedah yang diiktiraf oleh syara’. Melalui prinsip perlindungan ke atas simpanan, simpanan akan ditakafulkan dengan Etiqa Takaful. Melalui prinsip keuntungan setiap simpanan ini akan diberi keuntungan atas mudharabah daripada simpanan di KBI dan Etiqa Takaful.

Tahayyu’ berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘persediaan’, sepertimana kita sedia maklum kesempatan dan peluang mengerjakan fardhu haji atau umrah bukan sering tiba. Faktor yang melayakkan kita menyahut panggilan Allah dan menjadi tetamu-Nya bergantung pada kemampuan berikut:

  • Kelapangan masa
  • Kemampuan dari segi kewangan
  • Kesihatan

Ini bermakna tidak semua yang sihat tubuh badan atau mempunyai kelapangan masa berkeupayaan menunaikan fardhu haji atau umrah kerana kemampuan wang turut menjadi faktor penentu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Dan berkunjung ke Baitullah itu merupakan kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang-orang yang berkuasa melakukan perjalanan kepada-Nya. Dan sesiapa yang ingkar maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” – (Surah Ali ‘Imran; 97)

Seruan Allah dituju kepada semua individu muslim tanpa kecuali. Mengunjungi rumah Allah, menjadi tetamu-Nya dan menunaikan segala rukun haji, adalah kemuncak ibadah. Oleh kerana itu bersegera dalam hal kebaikan seumpama ini amat dianjur dan merupakan ciri seorang mukmin. Sungguhpun demikian keinginan sahaja tanpa disertakan usaha hanya akan kekal menjadi hasrat yang tidak tertunai, oleh kerana itu bersegeralah menabung dengan menyertai Skim Simpanan Tahayyu’ Haji, Umrah dan Ziarah. Untuk keterangan lanjut sila hubungi pegawai kami, Sdr. Azman Mohd Salleh di talian 603-41472143.

  • Terbuka kepada anggota koperasi

Syarat Penyertaan

  • Menjadi anggota KBI
  • Berumur antara 18 hingga 54 tahun (umur hari jadi yang terdekat)
  • Caruman minimum sebulan ialah sebanyak RM70 Iaitu RM50 untuk akaun simpanan dan RM 20.00 untuk akaun takaful
  • Bersetuju untuk menandatangani akaun peserta sebagai tanda persetujuan kepada prinsip Ta’awun yang dilaksanakan
  • Peserta yang mengunakan dana tahayyu’ untuk menunaikan fardhu haji & umrah perlulah terus menyimpan selepas menunaikan fardhu haji umrah.

Caruman Takaful

Peserta secara automatik mencarum perlindungan takaful sebanyak RM20 sebulan dan mendapat manfaat perlindungan khairat sehingga RM 68,000, sekiranya berlaku kematian biasa ataupun kemalangan. Dan juga perlindungan keilatan menyeluruh kekal biasa ataupun kemalangan.

56% daripada caruman akan dimasukkan ke dalam akaun peserta sebagai pelaburan dan 44% akan dimasukkan ke dalam akuan khas peserta sebagai Tabarru’. Mendapat pelepasan cukai pendapatan

Dengan Prinsip Ta’awun (Kerjasama)

  • Boleh menunaikan haji atau umrah walau simpanan belum mencukupi
  • Waris menerima manfaat/imbuhan sekiranya peserta meninggal dunia
  • Upah haji bagi peserta yang meninggal dunia

Kelulusan Lajnah Penasihat Syariah

Skim ini telah diteliti, diperhalusi dan diluluskan oleh Ahli Lajnah penasihat Syariah KBI yang terdiri daripada Ybhg. Dato’ Mohd Mokhtar bin Shafii, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa bin Syed Adwam Wafa, dan Dr. Mohd Nur bin Manutty.

  • Tertakluk Terma dan Syarat

Langgan Buletin

Anda telah berjaya melanggan Maaf, berlaku kesilapan, sila cuba lagi.

Sosial Media

Jumlah Pelawat : 21025
© 1977 – 2024. Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. (No. Pendaftaran:16/31.5.77)