Maksimum jumlah pinjaman adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu Sahaja)
Kelayakan
Kakitangan kerajaan yang berpendapatan minimum RM 900 sebulan dan telah berkhidmat minimum satu (1) tahun
Kakitangan swasta yang berpendapatan minimum RM1000 sebulan dan telah berkhidmat minimum satu (1) tahun dan disahkan jawatan
Perlu mempunyai syer minimum terkumpul untuk syarat layak hak
Anggota hendaklah memiliki sekurang-kurangnya modal yuran RM 180 (RM30 x 6 bulan) dan telah mencarum Tabung Kebajikan RM30 (RM5 x 6 Bulan )
Telah menjadi anggota selama enam (6) bulan
Berpendapatan tetap serta berkemampuan untuk bayaran balik dengan ansuran bulanan tidak melebihi 60% atau 50% (bagi majikan yang menetapkan syaratnya) daripada pendapatan.
Keuntungan
Keuntungan dikenakan adalah sebanyak 6% setahun
Tempoh Bayaran Balik
Tidak melebihi satu ratus dua puluh (120) bulan
Penjamin
Sektor Awam : Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA
Sektor Swasta / Bekerja Sendiri: Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan sehingga RM20,000
Pemohon perlu mengemukakan dua (2) orang penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan RM20,000 ke atas.
Dokumen yang perlu disediakan
Salinan kad pengenalan yang disahkan
Tiga bulan slip gaji terkini yang telah disahkan. Bagi mereka yang bekerja sendiri perlumengemukakan penyata bank transaksi akaun bank 3 bulan terkini/salinan penyata cukai pendapatan (Borang J)
Salinan slip gaji pasangan (pasangan yang bekerja)
Salinan penyata KWSP
Salinan penyata bank gaji dikreditkan
Salinan bil letrik
Dokumen sokongan
Yuran Proses
Yuran proses dikenakan sebanyak RM100
Isnin - Jumaat: 9.00 am - 5.00 pm
+603 - 4147 2143 / 2145 / 2142
+603 - 4147 4942
kbihq@kbi.com.my
No. 10, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, Gombak 53100, Kuala Lumpur