Selamat Menyambut Awal Muharram 1446H

Selamat Menyambut Awal Muharram 1445h

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh kesyukuran dan rasa rendah diri, kami, Seluruh Anggota Lembaga, Pengurusan, Staf, dan Anggota Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI), ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1446H kepada semua umat Islam.

Awal Muharram adalah permulaan tahun baru dalam kalendar Islam yang membawa semangat hijrah, pengorbanan, dan perubahan ke arah kebaikan. Semoga tahun baru ini membawa keberkatan, rahmat, dan kejayaan yang berterusan kepada kita semua.

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat hijrah dengan memperkukuhkan ukhwah dan mempertingkatkan amal ibadah. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita dalam usaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Salam Maal Hijrah 1446H,
Ikhlas daripada,
Seluruh Anggota Lembaga, Pengurusan, Staf & Anggota KBI.

#koperasibeliaislam #kbi #koperasi #beliaislam #suruhanjayakoperasi #skm #suruhanjayakoperasimalaysia

Langgan Buletin

Anda telah berjaya melanggan Maaf, berlaku kesilapan, sila cuba lagi.

Sosial Media

Hak Cipta Terpelihara © 2023. Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. (No. Pendaftaran:16/31.5.77)